ya ALLAH...dah betahun x update blog nih...klau rumah dah bersawang dah...dari ber4...kini aku dah ber5...alhamdulillah ALLAH kayakan aku dgn harta yg x ternilai...zuriat...
biarlah aku x dilimpahi dgn wang ringgit, anak2 ini nyawa bg ku...Husna, Faiq, Hannah...3 penyeri hidup Ibu & Ayah.
Akhir2 ni hatiku cpt tersentuh dgn kisah yg melibatkan anak2...air mata x dpt ditahan2 jika membaca kisah sedih bayi2 yg dibuang sesuka hati bak sampah, melihat pengemis2 kecil berkeliaran di sana sini...mendengar anak2 kecil di duga dgn penyakit2 yg serius...ya ALLAH sesungguhnya...kau peliharalah anak2 ku dr segala perkara2 yg tidak diingini...lindungilah mereka di dunia & akhirat ya ALLAH...hanya kpdMU kami bermohon...amin...
Ahad, 23 Mei 2010
Rabu, 21 Mei 2008
KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN...YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Isnin, 12 Mei 2008
Dosa gugur apabila suami isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka (muram di hadapan suaminya), maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki oleh suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :-
*** Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
*** Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
*** Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
*** Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Renungkan lah diri kita, adakah kita mampu menjadi bidadari di hati dan di mata suami, di dunia dan akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)